Wanita untuk lelaki

" ciptaan Tuhan itu indah, wanita itu terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai"


Isnin, 27 Februari 2012

Rabu, 15 Februari 2012

~MAKSUD SETIAP BACAAN SOLAT~

Fokus dan khusyuk didalam sembahyang boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini MediaSerius berkongsi maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin

* Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar..
.
* Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam..
.
* Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

.
* Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya..
.
* Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya..
.
* Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian..
.
* Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya..
.
* Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

.
* Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

..
* Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

.
* Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Selasa, 14 Februari 2012

~heart broken~



1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Sementara Waktu
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda.Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.
.

2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasi anda untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.
.

3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkn aktiviti luar juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.
.

4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui.Bukannya bersimpati, tindakan ini justru boleh membuat teman-teman menjauhi anda.Biceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.
.

5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti anda boleh membacanya semula sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.
.
6. Meditasi/Sembahyang

Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi. Bagi yang beragama islam, melakukan solat adalah terbaik untuk mencari ketenangan jiwa dan fikiran.
.

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Kehangatan keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.
.

8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, tak hanya membantu anda melupakan sakit hati, tapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.
.

9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama. Jangan la terus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas kekasih anda.

Khamis, 2 Februari 2012

heaaaaaaaaaaaaaart~~~

I know I should stay away, but my heart doesn't know how.