apa pandangan saya kepada wanita berpurdah??
pada pendapat saya seseorang wanita yang berpurdah itu sungguh cantik, cantik yang saya ertikan disini ialah dia wanita itu elok dari segi paras rupanya dan juga elok dari segi akhlak budi pekertinya serta amal ibadatnya kepada Allah swt. sudah semestinya dia taat dengan perintah Allah dan mengasihi Rasullah saw. Sungguh hati yang jahil ini mempunyai keinginan berpurdah yang mana pada pandanganku mereke ini semestinya tinggi agamanya tinggi budi pekerti dan akhlaknya, dan semestinya mereka ini solehah dan baik-baik orangnya.
layakkah aku menjadi wanita berpurdah itu?
mungkinkah suatu hari nanti aku kan bertemu dengan imamku yang membimbing aku menjadi wanita berpurdah itu...insyaAllah jika perkara yang baik yang diimpikan pasti Allah berikan jalannya.
jika aku diberi kesempatan itu dan jika benar aku lah wanita berpurdah itu..akan aku bersujud syukur diatas rahmat kurniaan daripadaMu Ya Rabb... sungguhku mengharapka kehadiran seorang lelaki yang dapat membimbing aku menjadi seorang wanita solehah yang berpurdah itu.
insyaAllah jika itu takdirnya pasti akan terjadi...segala pengharapanku pada Mu Ya rabb tanganku tadah dengan penuh rasa redha dengan segala ketentuan dariMu. Hanya kepadaMu aku berserah.. kerna Kau yg Satu disisi aku selalu diwaktu ku buntu ku sakit dengan ujianMu...
Engkaulah perancang yg baik..Engkaulah Yang Maha Mengetahui.. amin ~~
Wanita untuk lelaki
" ciptaan Tuhan itu indah, wanita itu terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai"
Ahad, 11 November 2012
Khamis, 8 November 2012
~Zikrullah~
1)Zikir GHAFLAH
Di peringkat zikir ini,ruang hati orang yang berzikir, masih dipenuhi perkara-perkara lain daripada Allah. Sebab itu hatinya digelar sebagai hati yang ghaflah. Ghaflah maksudnya 'lalai'.Bagaimanapun,kita tidak akan tahu dan faham maksud lalai selagi kita tidak dikurniakan oleh Allah dengan dihilangkan lalai itu dari ruang hati kita. Dikatakan bahawa 'siapa yang tidak merasa,dia tidak akan tahu'.
2)Zikir YAQAZAH
Diperingkat ini dengan rahmat Allah, hati orang yang berberzikir telah ditukarkan darv ghaflah dan yaqazah. Yaqazah bermaksud 'sedar' atau 'jaga'. Untuk mudah kita fahami maksud yaqazah, sesetengah ulama membuat misal antara seorang yang tidur dan seorang yang jaga. Keadaan seseorang yang tidur nyenyak itu adalah ghaflah.
Manakala seseorang yang terjaga dari tidur itu adalah gambaran yaqazah hati. Maksudnya,apabila hati itu berada dalam keadaan yaqazah maka hati dapat memahami apa yang tidak dapat difahamai semasa dalam keadaan ghaflah.
3)Zikir HUDUR
Maksudnya,hati terlalu kuat ingatan kepada Allah. Allah sahaja yang menarik perhatian hati. Ruang-ruang hati dipenuhi dengan Allah. Hati juga tertarik semata-mata kepada Allah dan keredhaanNya.Seolah-olah hati telah terlepas dari pengaruh makhluk dan menjadi merdeka sebagai hamba Allah sahaja.
4) Zikir GHAiBAH
Maksudnya,yang lain daripada Allah akan hilang dari ingatan,Allah sahaja yang diingat. inilah keadaan hati yang berada dalam keadaan fana' (membaiki hati,membersihkan hati atau mendekatkan diri dengan Allah)
Langgan:
Catatan (Atom)

