
Tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.
Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai diriku! Jangan pernah berkata yang hati ini kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.
Jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar peluang tidak datang bergolek, begitu dengan jodoh. Berdoa adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.
Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Allah adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas.Jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup, teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan