"..Kekadang Allah tarik sebentar nikmatNya atau mengambil kembali kurniaanNya, agar kita insaf dan tersedar dari kelekaan ketika menikmatinya.. Maka bersyukurlah apabila Allah takdirkan sebegitu rupa, kerana Dia masih sayangkan diri kita sebagai hambaNya.."
Sesungguhnya TARBIYYAH dan BIMBINGAN Allah itu mungkin tidak mampu difikirkan oleh kita, namun insyaAllah dapat dirasai ketika mahupun setelah menghadapinya..
Bersangka baiklah terhadap Allah Ta'ala, samada baik atau buruk yang kita hadapi atau terima dariNya. Namun hakikat semua ketetapan dan ketentuanNya adalah baik buat kita, namun persepsi kita yang membuatkan ia berbeza. Alhamdulillah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan